Wednesday, October 1, 2008

Salam Lebaran Aidil Fitri 1429 1 Syawal 1429 bersamaan 1hb Oktober 2008




Salam Eidul Fitri..Salam Lebaran. Tiada kata seindah bahasa yang layak menggambarkan kegembiraan menyambut Hari Lebaran 1429 Hijrah pada kali ini. Syukur setinggi dan sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan anugerah yang tidak terhingga diberikan keluarga ini. Atas sempena lebaran kali ini, usaha diambil untuk menggerakkan laman web ini dan seterusnya melancarkannya sebagai tanda ingatan yang berkekalan.



Kepada Ayah, Mak, Abah, saudara-saudara sekalian, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin..Mohon kemaafaan di atas segala perkara yang terkurang.


Anugerah Allah SWT sememangnya dalam pelbagai bentuk, kaedah, cara dan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Kadang kala, ia menuntut kesabaran, menguji kebijaksanaan, daya fikir, keikhlasan dan pengorbanan. Semuanya terkandung dalam diari dan penghayatan kita sebagai hamba-Nya. Ramadan yang saban tahun kita lestarikan dengan penuh istiqamah merupakan antara platform untuk kita pertingkatkan daya ketahanan dan ketaqwaan kita kepada Yang Maha Esa. Dalam satu ceramah di TV ada disebut bahawa dunia semesta serta segala pengalaman dan pengajaran yang terkandung dalamnya adalah merupakan antara ayat-ayat Allah yang harus dijadikan iktibar untuk kita berfikir, bertaddabur, menghayati dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada-Nya. Allahu Akbar!

Allahu Akbar. Allahu Akbar, Allahu Akbar. Walillahhilhamd...

Sempena kita merayakan Eidul Fitri Eid Mubarak pada kali ini, kami sekeluarga, memohon segala kemaafaan kepada semua yang mengenali diri kami, mohon dihalalkan segala yang sengaja atau tidak sengaja apa jua perkara yang kami sekeluarga terambil (kecuali sememangnya perkara itu haram), mohon doa dan petunjuk dari Allah SWT dan juga hamba-Nya yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran (Al-Asr). Sekiranya masih ada yang tersimpan, yang belum berkesudahan, mohonlah kiranya kami dimaklumkan untuk kita bersama-sama menjadikan setiap Ramadan dan Eidul Fitri itu membawa kesan yang berkekalan di mana jua kita semua berada.

Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin.

No comments: