Tuesday, October 14, 2008

“Kenapa Addin dapat duit raya sikit”?

“Kenapa Addin dapat duit raya sikit”? begitulah bunyinya soalan dari Muhammad Hafizuddin, suatu hari di pagi raya. Sebenarnya, kalau ikutkan memang kami dah berpesan pada anak-anak duit raya tu bukanlah tujuan utama pergi beraya. Kalau ada orang bagi tu kira alhamdulillah. Kalau tak dapatpun tak mengapa. Rungutan beliau tu, mungkin sebab bila jumlah duit yang diterima tak sama banyak. Sebenarnya yang buat jumlah tu berbeza bukanlah duit raya yang diterima dari orang lain..tapi dari Umi dia sendiri. Untuk Nur Hafizah, anak sulung yang telah berjaya berpuasa penuh satu bulan, diberi lebih sedikit daripada adik-adik yang lain..... Addin (5) , Husna Syafiqah (3) dan Muhammad Luqman Haziq (2 bulan).

“Takkanlah orang tak tahu, budak kecil manalah larat nak puasa penuh, kan ayah”, tambah Addin lagi. “Allah pun tahu dan tak marah budak kecil tak larat puasa kan” katanya dengan penuh yakin.

Dalam hati kecil, pandai pulak Addin ni berhujah. Betullah apa yang disebut tu. Kadang-kadang kita tidak terfikir yang anak-anak ni mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Mereka memang mempunyai hak dan benarlah firman Allah bahawa Dia tidak memberatkan manusia itu sesuatu di luar kemampuan diri masing-masing.



Allahu’alam

No comments: