Sunday, October 12, 2008

AL-Muddaththir -Wahai Diri

AL-Muddaththir Surah 74

Apabila menonton ayat-ayat cinta atau mungkin wajar juga sebenarnya ayat-ayat Allah, teringat kepada satu surah yang telah dihuraikan tafsirannya oleh beberapa senior semasa berada di pengajian suatu ketika dulu.

Antara pengertiannya.

1. Wahai Muhammad atau Wahai orang yang berselimut (atau wahai ……)
2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)
3. Dan Tuhanmu. Agongkanlah (ucap dan ingatlah kebesaran-Nya)
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan
5. Dan segala perbuatan kejahatan, keji dan sebagainya, Tinggalkanlah
6. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya
7. Dan dalam mengerjakan perintah Tuhanmu, bersabarlah.

Ayat yang pertama itu, juga ada disebut oleh segolongan ulama bahawa muddaththir juga adalah antara nama gelaran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ini juga ditujukan kepada kita semua.

Ayat 4 dan 5, adalah merujuk kepada segala amalan pakaian zahir dan batin yang diamalkan oleh kita semua. Apa yang sedang diamalkan, hendaklah dibersihkan dari segala unsur kekotoran. Manakala apa perkara buruk, jahat dan sebagainya hendaklah dihindari.

Ayat 6 pula merujuk kepada ikhlas dalam perbuatan, bukan sekadar perbuatan yang fardu tetapi termasuk semua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Dalam gaya bahasa modennya ada integriti, amanah, bebas korupsi, tidak rasuah, tidak mengampu, tidak kroni, subsidi??, tiada kepentingan peribadi, tidak khianat, tidak cabul dan lacur, tiada salah guna kuasa dan segala jenis perkataan yang membawa maksud yang sama dengannya

Untuk memimpin manusia dan menjadi khalifah di dunia ini, ketujuh-tujuh ayat ini merupakan satu asas dalam ilmu kepimpinan.

Allahu’alam

No comments: