Friday, October 24, 2008

Honorary Doctor in Economics for Surin Pitsuwan




During the 32nd UPM Convocation, on 18 October 2008, His Royal Highness, UPM Tuanku Chancellor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah the Sultan of Selangor, gave his blessing for the conferment of Honorary Doctorate in Economics to ASEAN Secretary General, Dr. Surin Pitsuwan. Dr. Surin Pitsuwan is one of the most distinguished, well-known and highly respected persons in the Asean region. As a political leader, Surin Pitsuwan has championed the values of democracy and human rights, and innovative solutions to the region’s complex, transnational problems. In 1998, he challenged ASEAN to look beyond its traditional notion of non-intervention. He came up with the idea of “flexible engagement,” a term that has since become a permanent entry in the lexicon of Asian diplomacy. The idea of flexible engagement was to motivate ASEAN not to shy away from commenting and acting collectively on problems that may arise from within the boundaries of one nation-state, but which may threaten regional and international stability and prosperity.

These are extracts of the speeches delivered by Dr Surin Pitsuwan, the ASEAN Secretary General after the conferment of Honorary Doctorate of Economics by UPM.

“Let me relate to you and for the benefit of graduands of Universiti Putra Malaysia. Asean life began with a humble background in the kampong at the foothill of Nakhon Sri Thammarat, Southern Thailand. I was born in a pondok, in a madrasah. My great grandfather started that madrasah, my grandfather continued it, my parents took over and right now my mother, 81 years old is still teaching the Quran at that madrasah.1400 young men and women being educated there. I don’t believe it is a unique story, but for the benefit of the graduands, if a young boy with a humble background with so many limitations could make it to Harvard University, and could become the Secretary General of ASEAN, I believe all graduands of Universiti Putra Malaysia can do much more”.

“Let us remember of the historic roles of the university in the study, in the interpretation, and the transmission of the great humanistic traditions of the world.”

--------------------------------------------



It reminds me of a quote by Plato - “Wise men talk because they have something to say; fools, because they have to say something.

Thursday, October 16, 2008

Pesanan buat suami

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti - Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.

Selamat mencuba!!

Tuesday, October 14, 2008

“Kenapa Addin dapat duit raya sikit”?

“Kenapa Addin dapat duit raya sikit”? begitulah bunyinya soalan dari Muhammad Hafizuddin, suatu hari di pagi raya. Sebenarnya, kalau ikutkan memang kami dah berpesan pada anak-anak duit raya tu bukanlah tujuan utama pergi beraya. Kalau ada orang bagi tu kira alhamdulillah. Kalau tak dapatpun tak mengapa. Rungutan beliau tu, mungkin sebab bila jumlah duit yang diterima tak sama banyak. Sebenarnya yang buat jumlah tu berbeza bukanlah duit raya yang diterima dari orang lain..tapi dari Umi dia sendiri. Untuk Nur Hafizah, anak sulung yang telah berjaya berpuasa penuh satu bulan, diberi lebih sedikit daripada adik-adik yang lain..... Addin (5) , Husna Syafiqah (3) dan Muhammad Luqman Haziq (2 bulan).

“Takkanlah orang tak tahu, budak kecil manalah larat nak puasa penuh, kan ayah”, tambah Addin lagi. “Allah pun tahu dan tak marah budak kecil tak larat puasa kan” katanya dengan penuh yakin.

Dalam hati kecil, pandai pulak Addin ni berhujah. Betullah apa yang disebut tu. Kadang-kadang kita tidak terfikir yang anak-anak ni mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Mereka memang mempunyai hak dan benarlah firman Allah bahawa Dia tidak memberatkan manusia itu sesuatu di luar kemampuan diri masing-masing.



Allahu’alam

Sunday, October 12, 2008

AL-Muddaththir -Wahai Diri

AL-Muddaththir Surah 74

Apabila menonton ayat-ayat cinta atau mungkin wajar juga sebenarnya ayat-ayat Allah, teringat kepada satu surah yang telah dihuraikan tafsirannya oleh beberapa senior semasa berada di pengajian suatu ketika dulu.

Antara pengertiannya.

1. Wahai Muhammad atau Wahai orang yang berselimut (atau wahai ……)
2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)
3. Dan Tuhanmu. Agongkanlah (ucap dan ingatlah kebesaran-Nya)
4. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan
5. Dan segala perbuatan kejahatan, keji dan sebagainya, Tinggalkanlah
6. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya
7. Dan dalam mengerjakan perintah Tuhanmu, bersabarlah.

Ayat yang pertama itu, juga ada disebut oleh segolongan ulama bahawa muddaththir juga adalah antara nama gelaran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ini juga ditujukan kepada kita semua.

Ayat 4 dan 5, adalah merujuk kepada segala amalan pakaian zahir dan batin yang diamalkan oleh kita semua. Apa yang sedang diamalkan, hendaklah dibersihkan dari segala unsur kekotoran. Manakala apa perkara buruk, jahat dan sebagainya hendaklah dihindari.

Ayat 6 pula merujuk kepada ikhlas dalam perbuatan, bukan sekadar perbuatan yang fardu tetapi termasuk semua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Dalam gaya bahasa modennya ada integriti, amanah, bebas korupsi, tidak rasuah, tidak mengampu, tidak kroni, subsidi??, tiada kepentingan peribadi, tidak khianat, tidak cabul dan lacur, tiada salah guna kuasa dan segala jenis perkataan yang membawa maksud yang sama dengannya

Untuk memimpin manusia dan menjadi khalifah di dunia ini, ketujuh-tujuh ayat ini merupakan satu asas dalam ilmu kepimpinan.

Allahu’alam

Saturday, October 11, 2008

Ayat-Ayat CInta

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk memanjangkan percambahan minda pada blog yang baru berusia 11 hari ini. Kesibukan kerja dan tuntutan tugas lain kadang kala merupakan semacam halangan untuk terus menulis. Mungkin juga amalan ber’blog’ ni satu perkara baru yang sememangnya memerlukan sedikit masa untuk penyesuaian. Tapi rasanya lebih kurang macam amalan menulis log book sahaja...tapi insyaAllah, kalau ada kelapangan blog ini juga akan turut disumbang oleh isteri dan keluarga. Kita lihat lah nanti macam mana perkembangannya.

Ayat-ayat cinta?? Sebenarnya itu tajuk cerita dari negara jiran yang sempat ditonton semalam. Ingatkan sama perjalanan cerita dgn filem ‘Cinta’ keluaran negara sendiri. Tapi yang jelas, sememangnya cerita-cerita dari negara jiran ini memang banyak membanjiri pasaran di television di sini...ini belum lagi menulis mengenai PATI (;)). Apa yang menarik ialah, olahan ceritanya sarat dengan pengajaran agama, tafsiran peristiwa dan iktibar sejarah yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan falsafah sejarah itu sendiri.

Ringkasnya, ia menceritakan kisah seorang isteri yang berusaha untuk menyelamatkan suami dari mangsa fitnah tuduhan memperkosa seorang wanita. Dalam usaha tersebut, si isteri rela berkorban dengan bersetuju untuk berkongsi kasih sayang suami dengan seorang wanita lain, yang sedang sakit, bagi membolehkan wanita tersebut sembuh dan hadir sebagai saksi utama dalam pembelaan kes suami beliau. Dalam sepanjang usaha tersebut, si isteri, suami dan mereka yang hampir dengan mereka sentiasa munajat, memohon petunjuk dan pertolongan Yang Maha Esa.

Apa yang lebih menarik dan menyentuh minda dan perasaan ialah apabila si suami (merupakan penuntut universiti al-Azhar) diberikan peringatan dan pengajaran agama oleh rakan banduan yang berada dalam satu sel dengan beliau. Kata banduan tersebut, “Tuhan sedang berbicara dengan kamu. Ingatlah kisah Nabi Yusof a.s dengan Zulaikha”. Katanya lagi “Nabi Allah Yusof telah berkata-


Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya . Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.”

Kata banduan itu lagi,”Tuhan sedang berbicara dengan kamu! Ketahuilah bahawa Islam itu adalah “sabar dan ikhlas

Thursday, October 2, 2008

Koleksi 2 Syawal 1429





















gambar menceritakan sebahagian daripada peristiwa yang berlaku, berada di tempat kejadian adalah sesuatu pengkayaan pengalaman yang sangat berharga


koleksi syawal 1429





Koleksi 1 syawal 1429-Muhammad Luqman Haziq & Muhammad Hafizuddin


Wednesday, October 1, 2008

Salam Lebaran Aidil Fitri 1429 1 Syawal 1429 bersamaan 1hb Oktober 2008




Salam Eidul Fitri..Salam Lebaran. Tiada kata seindah bahasa yang layak menggambarkan kegembiraan menyambut Hari Lebaran 1429 Hijrah pada kali ini. Syukur setinggi dan sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan anugerah yang tidak terhingga diberikan keluarga ini. Atas sempena lebaran kali ini, usaha diambil untuk menggerakkan laman web ini dan seterusnya melancarkannya sebagai tanda ingatan yang berkekalan.



Kepada Ayah, Mak, Abah, saudara-saudara sekalian, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin..Mohon kemaafaan di atas segala perkara yang terkurang.


Anugerah Allah SWT sememangnya dalam pelbagai bentuk, kaedah, cara dan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Kadang kala, ia menuntut kesabaran, menguji kebijaksanaan, daya fikir, keikhlasan dan pengorbanan. Semuanya terkandung dalam diari dan penghayatan kita sebagai hamba-Nya. Ramadan yang saban tahun kita lestarikan dengan penuh istiqamah merupakan antara platform untuk kita pertingkatkan daya ketahanan dan ketaqwaan kita kepada Yang Maha Esa. Dalam satu ceramah di TV ada disebut bahawa dunia semesta serta segala pengalaman dan pengajaran yang terkandung dalamnya adalah merupakan antara ayat-ayat Allah yang harus dijadikan iktibar untuk kita berfikir, bertaddabur, menghayati dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada-Nya. Allahu Akbar!

Allahu Akbar. Allahu Akbar, Allahu Akbar. Walillahhilhamd...

Sempena kita merayakan Eidul Fitri Eid Mubarak pada kali ini, kami sekeluarga, memohon segala kemaafaan kepada semua yang mengenali diri kami, mohon dihalalkan segala yang sengaja atau tidak sengaja apa jua perkara yang kami sekeluarga terambil (kecuali sememangnya perkara itu haram), mohon doa dan petunjuk dari Allah SWT dan juga hamba-Nya yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran (Al-Asr). Sekiranya masih ada yang tersimpan, yang belum berkesudahan, mohonlah kiranya kami dimaklumkan untuk kita bersama-sama menjadikan setiap Ramadan dan Eidul Fitri itu membawa kesan yang berkekalan di mana jua kita semua berada.

Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin.