Monday, November 24, 2008

Khutbah Jumaat

Salam. Alhamdulillah, masih diberikan keberkatan dan anugerah untuk terus menulis dalam blog ini..

....teringat khutbah Jumaat baru-baru ini, di mana Khatib mengingatkan sidang Jumaat mengenai aktiviti yang dilakukan setiap hari seperti sembahyang ..termasuklah sembahyang Jumaat..Khatib bertanya..adakah sembahyang itu dibuat sekadar untuk melepaskan tanggungjawab atau adakah sembahyang itu dilaksana dan diamalkan atas dasar lillahi Taala, kerana Allah. Katanya lagi dalam agama, apa yang lebih utama adalah mengenal Allah...dan ini lebih penting daripada pelaksanaan ibadah tanpa penghayatan.

Kemudian dalam sembahyangnya pula tuan imam telah membaca surah Al-Qadr yang sebagaimana berikut



1. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada Malam Lailatul Qadr.
2. Dan apakah yang membuat engkau tahu apa itu malam Lailatul Qadr?
3. Malam Ketetapan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Para malaikat dan roh turun di dalamnya atas izin Tuhan mereka, untuk menjalankan semua
5. Damai! Sampai terbitnya fajar.
Timbul satu pertanyaan...Sekiranya mengenal Allah itu lebih utama dalam agama, dan malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, maka sudah tentu malam Lailatul Qadar itu memberikan makna yang lebih besar sekiranya kita dapat menginsafi dan mengenal Allah SWT. Dan ini adalah lebih baik dari segala apa yang wujud di alam ini. Allahu'alam.

Sunday, November 23, 2008

Inilah buat renungan diri, keluarga dan mereka yang ingin membina kekuatan serta jati diri yang cemerlang dan universal. Islam telah berjaya meneroka potensi manusia dari segenap sudut dan seantero dunia

Pemesongan Fakta -Artikel pilihan


Ni antara artikel yang menarik minat ...untuk sama-sama difikirkan...

Tuesday, November 11, 2008

Ingatan Kasih Sayang

Inilah emel yang baru diterima ..hehe dari isteri tersayang...mungkin nak ingatkan diri sendiri dan suaminya tentang keluarga...apapun terima kasih tak terhingga....

Subject: always Family first......

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya, Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda, Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik, "Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci", "Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur", "Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu", "Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil" "Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak" "Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu, "Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini, Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu, FAMILY Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Friday, October 24, 2008

Honorary Doctor in Economics for Surin Pitsuwan




During the 32nd UPM Convocation, on 18 October 2008, His Royal Highness, UPM Tuanku Chancellor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah the Sultan of Selangor, gave his blessing for the conferment of Honorary Doctorate in Economics to ASEAN Secretary General, Dr. Surin Pitsuwan. Dr. Surin Pitsuwan is one of the most distinguished, well-known and highly respected persons in the Asean region. As a political leader, Surin Pitsuwan has championed the values of democracy and human rights, and innovative solutions to the region’s complex, transnational problems. In 1998, he challenged ASEAN to look beyond its traditional notion of non-intervention. He came up with the idea of “flexible engagement,” a term that has since become a permanent entry in the lexicon of Asian diplomacy. The idea of flexible engagement was to motivate ASEAN not to shy away from commenting and acting collectively on problems that may arise from within the boundaries of one nation-state, but which may threaten regional and international stability and prosperity.

These are extracts of the speeches delivered by Dr Surin Pitsuwan, the ASEAN Secretary General after the conferment of Honorary Doctorate of Economics by UPM.

“Let me relate to you and for the benefit of graduands of Universiti Putra Malaysia. Asean life began with a humble background in the kampong at the foothill of Nakhon Sri Thammarat, Southern Thailand. I was born in a pondok, in a madrasah. My great grandfather started that madrasah, my grandfather continued it, my parents took over and right now my mother, 81 years old is still teaching the Quran at that madrasah.1400 young men and women being educated there. I don’t believe it is a unique story, but for the benefit of the graduands, if a young boy with a humble background with so many limitations could make it to Harvard University, and could become the Secretary General of ASEAN, I believe all graduands of Universiti Putra Malaysia can do much more”.

“Let us remember of the historic roles of the university in the study, in the interpretation, and the transmission of the great humanistic traditions of the world.”

--------------------------------------------



It reminds me of a quote by Plato - “Wise men talk because they have something to say; fools, because they have to say something.

Thursday, October 16, 2008

Pesanan buat suami

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti - Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.

Selamat mencuba!!

Tuesday, October 14, 2008

“Kenapa Addin dapat duit raya sikit”?

“Kenapa Addin dapat duit raya sikit”? begitulah bunyinya soalan dari Muhammad Hafizuddin, suatu hari di pagi raya. Sebenarnya, kalau ikutkan memang kami dah berpesan pada anak-anak duit raya tu bukanlah tujuan utama pergi beraya. Kalau ada orang bagi tu kira alhamdulillah. Kalau tak dapatpun tak mengapa. Rungutan beliau tu, mungkin sebab bila jumlah duit yang diterima tak sama banyak. Sebenarnya yang buat jumlah tu berbeza bukanlah duit raya yang diterima dari orang lain..tapi dari Umi dia sendiri. Untuk Nur Hafizah, anak sulung yang telah berjaya berpuasa penuh satu bulan, diberi lebih sedikit daripada adik-adik yang lain..... Addin (5) , Husna Syafiqah (3) dan Muhammad Luqman Haziq (2 bulan).

“Takkanlah orang tak tahu, budak kecil manalah larat nak puasa penuh, kan ayah”, tambah Addin lagi. “Allah pun tahu dan tak marah budak kecil tak larat puasa kan” katanya dengan penuh yakin.

Dalam hati kecil, pandai pulak Addin ni berhujah. Betullah apa yang disebut tu. Kadang-kadang kita tidak terfikir yang anak-anak ni mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Mereka memang mempunyai hak dan benarlah firman Allah bahawa Dia tidak memberatkan manusia itu sesuatu di luar kemampuan diri masing-masing.



Allahu’alam